Diabetes ialah satu penyakit degeneratifutama di dunia kini. Ia merupakan faktor risiko utama penyakit kardiovaskular. Kencing Manis berunsur kemerosotan keupayaan untuk menggunakan dan memetabolismakan karbohidrat yang dimakan,paras gula darah yang luar biasa (hiperglisemia) dan kadar gula yang luar biasa dalam kencing. Kencing Manis boleh dikelaskan kepada 2 kategori:
Jenis 1:Kencing Manis yang bergantung kepada insulin (IDDM)atauKencing Manis permulaan juvenil.
Jenis 2: Kencing Manis yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM) atau Kencing Manis permulaandewasa
IDDM bermula dengan tiba-tiba, selalunya pada waktu kanak-kanak. Ia bermula dengan serangan virus ke atas pankreas, dan kemungkinan juga faktor-faktor genetik. Kawalan Kencing Manis jenis ini memerlukan suntikan insulin. Ia seakan-akan tiada rawatan untuk penyakit jenis ini.
NIDDM bermula selepas waktu remaja. Perkembangannya lambat berbanding dengan IDDMdan simptom-simptomnya lebih sederhanapada permulaan tetapi menjadi serius dengan perkembangan. Simptom-simptom penyakit ini menyerupai IDDM tetapi berbeza dari segi patologi. Pankreas mengandungi sel-sel khas yang dipanggil sel-sel beta yang mengeluarkan hormon Insulin untuk menanangi paras gula tinggi dalam darah. Dalam keadaan biasa, karbohidrat diserap daripada pelapik usus ke dalam darah sebagai glukosa dan gula ringkas lain. Apabila paras gula meningkat, insulin dibebaskan dari pankreas bersama dengan Faktor Toleransi Glukosa (GTF), yang melekat pada tempat yang khusus sel-sel membran badan dan menggalakkan penghantaran gula dari darah ke sel-se tubuhl. Ini mempunyai dua tujuan, ia mengurangkan tahap gula darah dan meningkatkan kesediaan gula (tenaga) untuk sel biasa berfungsi. Paras gula darah akan kembali ke paras sebelum pemakanan kerana paras gula darah menurun.
Proses ini tidak berlaku dalam keadaan Kencing Manis. Gula darah meningkat selepas pengambilan makanan tetapi pankreas tidak merembeskan jumlah insulin (IDDM) yang mencukupi atau jumlah biasa yang dibebaskan tetapi sel-sel tidak dapat bertindak balas dengan hormon (NIDDM).Memandangkan sel-sel memerlukan tenaga, lemak teruraiuntuk memberi tenaga kepada sel-sel. Ini meningkatkan paras lemak darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Bagaimana untuk mengenal pasti Kencing Manis ?
- Gejala-gejalanya adalah:
- Perkencingan bertambah
- Penyahhidratan dengan kehausan bertambah
- Keletihan dan kelemahan otot
- Loya atau muntah
- Bertambah selera
- Kehilangan berat badan (IDDM) atau pertambahan berat badan (NIDDM)
- Jangkitan-jangkitan kulit atauperengsaan kerap, penyembuhan luka yang perlahan
- Gatal, dan kekebasanpada kedua-dua tangan dan kaki
- Kerosakan ginjal
- Gangguan-gangguan visual (penglihatan)
- Penyakit kardiovaskular
Satu ujian darah (berpuasa dan selepas makan), analisis kencing harus dijalankan jika satu atau lebih daripada satu simptom tersebut berterusan .
|