AV Vita-F |
|||
Kira-kira 75 peratus penyakit autoimun berlaku pada golongan wanita, paling kerap semasa mengandung. Secara individu, penyakit autoimun tidak begitu umum; tetapi jika ia diambil kira keseluruhan, ia mewakili punca kecacatan keempat terbesar di kalangan wanita Amerika Syarikat. Lupus erythematosus sistemik(SLE atau lupus) lebih ketara pada kaum wanita daripada kaum lelaki. 9 daripada 10 kes berlaku pada kaum wanita. Penyakit ini menyebabkan keadaan bengkakdankerosakan pada sendi-sendi, kulit, buah ginjal, jantung, paru-paru, pembuluh darahdan otak. Ia adalah tiga kali ganda lebih ketara pada kaum wanita hitam daripada kaum wanita putih dan juga lebih umum pada wanita Hispanic, Asia, dan keturunan orang asli Amerika Syarikat. Kaum wanita Afrika-Amerika juga lebih cenderung menghidapi penyakit ini pada usia yang lebih muda, mengalami komplikasi lebih teruk dan mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi daripada kaum wanita Caucasian. Rheumatoid arthritisialah sejenis penyakitradang synovium, atau pelapik sendi yang berakhiran dengan kesakitan, kekejangan, bengkak, kecacatan dan kehilangan keupayaan di sendi. Dianggarkan terdapat 2.1 juta rakyat Amerika mempunyai rheumatoid arthritis. Penyakit ini berlaku kepada dua daripada tiga wanita sekerap ia berlaku pada kaum lelaki. Sklerosis multipel (MS) biasanya mula muncul di antara umur 16 dan 60, dan simptom-simptomnya jelas kelihatan antara umur 20 dan 40. Anggaran jumlah orang di Amerika Syarikat yang didiagnos dengan MS adalah dalam lingkungan 250,000 hingga 500,000 orang. MS lebih mempengaruhi kaum wanita daripada kaum lelaki, mungkin dua hingga tiga kali lebih kerap. Sindrom keletihan kronik (CFS) menjejaskanorang tanpa mengira peringkat umur, latar belakang, kaum/etnik dan keadaan ekonomi. Lebih banyak wanita didiagnos menghidapi CFS daripada lelaki. Terdapat setengah juta orang Amerika mempunyai keadaanserupa CFS.Punca penyakit ini tidak diketahui. 80% penghidap osteoporosis terdiri daripada kaum wanita. 8 juta wanita Amerika dan 2 juta lelaki menghidapi osteoporosis, dan jutaan lagi mempunyai kepadatan tulang yang rendah. Dianggarkan bahawa terdapat 12 jutaatau 41 peratus kaumwanita putih yang berumur lebih daripada 50 mempunyai kepadatan tulang rendah (osteopenia) dan 5 juta atau 15 peratus, menghidapi osteoporosis. Osteoporosis yang berlaku pada kaum wanita Mexico-Amerika mirip kepada kaum wanita putih, manakala kadar penyakit yang menimpa kaum wanita hitam adalah lebih kurang separuh daripada kumpulan lain (8 peratus). Statistik ini (sumber: http://www.niams.nih.gov/hi) amat menakutkan, namun hanya terdapat sedikit kaunseling formal untuk kaum wanita di dunia ketiga. Mereka dibiarkan dengan sumber-sumber sendiri dan hanya mendapat perhatian apabila mereka tidak dapat menahan ketidakselesaan dan kesakitan.
|
|||
| KOMPOSISI: | INDIKASI: |
||
Setiap kapsul AV VITA-F mengandungi ekstrak :
|
|
||
|
|||
KEMUNGKINAN KRISIS PENYEMBUHAN:
|
|||