AV Colex PRODUK: |
|||
Kolon dan Rektum Kanser yang bermula pada kolon dipanggil kanser kolon, dan kanser yang bermula pada rektum dipanggil kanser rektum.Kanser-kanser yang menjejas mana-mana organ ini dikenali sebagai kanser kolorektal. Punca sebenar kanser kolorektal tidak diketahui. Namun, kajian-kajian menunjukkan risiko berikut meningkatkan peluang seseorang menghidapi kanser kolorektal: Umur: Kanser kolorektal lebih cenderung berlaku pada orang yang lebih tua. Penyakit ini lebih umum pada orang yang berumur lebih dari 50 tahun. Namun, kanser kolorektal boleh berlaku pada peringkat usia yang lebih muda, dan dalam kes-kes berkecualian, berlaku pada orang berumur belasan tahun. Pemakanan: Kolorektal cancer seakan-akan berkaitan dengan pemakanan banyak lemak dan kalori serta kurang pengambilan serat. Penyelidik-penyelidik sedang mengkaji bagaimana faktor-faktor ini dan pemakanan lain mempengaruhi pertumbuhan kanser kolorektal. Polip: Polipialah ketumbuhan tidak berbahayadalam dinding dalaman kolon dan rektum. Keadaan ini agak ketara di kalangan orang yang berumur lebih daripada 50 tahun. Terdapat jenis polip yang meningkatkan risiko seseorang menghidapi kanser kolorektal. Satu keadaan jarang dan diwariskan yang dipanggil familial polyposis menyebabkan ratusan polipterbentuk dalam kolon dan rektum. Melainkan keadaan ini diubati, familial polyposis agak pasti membawa kepada kanser kolorektal. Sejarah peribadi perubatan: Penyelidikan menunjukkan bahawa kaum wanita yang mempunyai sejarah kanser ovari, uterus atau payu dada mempunyai peluang tinggi untuk menghidapi kanser kolorektal. Selain itu, seseorang yang pernah menghidap kanser kolorektal juga mungkin menhidapi penyakit ini buat kali kedua. Sejarah keluarga perubatan: Saudara mara dekat (ibu bapa, adik beradik, anak) seseorang yang pernah menghidapi kanser kolorektal lebih cenderung menghidapi kanser ini, terutamanya saudara mara yang menghidap kanser kolorektal pada usia muda. Jika ramai ahli keluarga penghidap kanser kolorektal, peluang menghidapi kanser lebih tinggi. Penyakit Ulcerative Colitis: Penyakit Ulcerative Colitis ialah satu keadaan yang mana pelapik kolon bengkak. Keadaan ini meningkatkan peluang seseorang untuk menghidapi kanser kolorektal. Mempunyai satu atau lebih faktor-faktor risiko ini tidak menjamin bahawa seseorang itu akan menghidap kanser kolorektal. Ia hanya menambahkan peluangnya. Orang ramai mungkin ingin berbincang tentang faktor-faktor risiko ini kepada doktor. Doktor harus dapat mencadangankan cara-cara untuk mengurangkan peluang menghidapi kanser kolorektal dan merancang sebuah jadual yang bersesuaian untuk pemeriksaan |
|||
| KOMPOSISI: | INDIKASI: |
||
Setiap kapsul AV Colex mengandungi ekstrak :
|
|
||
|
|||
KEMUNGKINAN KRISIS PENYEMBUHAN: |
|||