pengenalan syarikat
falsafah syarikat
visi dan misi kami
nilai-nilai utama
keunikan produk
 

Kumpulan Sarana Mitra Niaga (SMN) ditubuhkan pada 1996, dengan hasrat untuk menawarkan produk berkualiti dan peluang perniagaan yang lumayan kepada ahli-ahlinya. Kini, SMN berpejabat di Malaysia, Indonesia, India, Taiwan dan China.

Pengasas, Penasihat dan Pasukan Pengurusan SMN terdiri daripada individu yang disanjung tinggi dengan rekod terbukti dalam mendirikan perniagaan bertaraf antarabangsa dengan berjaya. Setiap ahli dalam pasukan bermotivasi dan berjaya ini menyumbangkan kualiti peribadi yang unik dan kepakaran masing-masing kepada organisasi.

SMN terdiri daripada pemimpin-pemimpin Asia yang mempunyai pelbagai latar belakang dalam industri pemasaran.

Pasukan ini ditugaskan dengan tanggungjawab berterusan melakarkan strategi korporat, mengekalkan etos asas dan visi dalam minda. Kejujuran, Ketelusan dan Perkembangan Peribadi adalah petanda yang membimbing pasukan berkemahiran profesional ini menceburi bidang perdagangan antarabangsa, logistik, pengilangan, penyelidikan & pembangunan dan penyelesaian perusahaan dalam perlaksanaan sasaran korporat serta membuka peluang baru untuk ahli-ahlinya.

 
ke atas
 
 
Sarana Mitra Niaga terdiri daripada perkataan Sanskrit kuno yang bermaksud “Sekumpulan orang yang berhati baik berkumpul bersama untuk menjalankan perniagaan yang baik”. Kami adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan atas falsafah BERKONGSI dan mencipta jumlah pendapatan yang lebih daripada untuk setiap orang. "Kami Prihatin & Kami Berkongsi" untuk membantu manusia dengan suara hati dan menawarkan produk-produk yang harmoni dengan alam semula jadi dan peluang perniagaan serta mencapai semula kesihatan yang meyeluruh dan kekayaan.
 
 
 

… Kami berhasrat untuk melahirkan generasi baru yang mempunyai gaya hidup sihat dan menikmati keseimbangan kesihatan yang baik & kekayaan yang berpanjangan….

… Untuk menjadi rangkaian pembekal dan pengedar Ayurvedic Terbesar di dunia dengan melahirkan Networkpreneurs berpendapatan jutaan….

SMN ialah sebuah syarikat dengan suara hati dalam mendidik dan membimbing orang ramai di seluruh dunia secara proaktif untuk mengambil tindakan positif dalam mentakrifkan semula kehidupan mereka untuk membina masa depan yang lebih baik, lebih sihat dan lebih berjaya.

 
   
 
 
Boleh Dipercayai
Untuk mengekalkan tahap ketulusan yang tertinggi dalam semua urusan kami, baik secara peribadi mahupun perniagaan.
Bertanggungjawab
Kami mengambil berat tanggungjawab kami dengan mengamalkan “Maksud apa yang kami cakapkan, Cakap apa yang kami maksudkan”.
Profesional
Kami melayan pelanggan kami dengan kompeten, berkesan dan berpengetahuan demi mengekalkan Khidmat Pelanggan kami lain daripada yang lain dan kepuasan pelanggan yang cermelang. Kami ingin memenuhi malah lebih dari yang diharapkan dalam setiap interaksi .
Kerja Berpasukan

Kejayaan kami bergantung kepada tenaga kolektif dan kebijaksanaan semua ahli pasukan. Kami berusaha untuk menyediakan satu persekitaran kerja yang memotivasikan Ahli-ahli pasukan untuk bersinar dan mengembangkan potensi tertinggi mereka. Kami hargai usaha yang dicurahkan dan memberi ganjaran ke atas keputusan yang ditonjolkan

Keselamatan
Mengekalkan Kualiti Produk sebaik yang mungkin. Kami menaksirkan kualiti dengan menilai bahan-bahan, keselamatan, nilai-nilai zat dan paparan menerusi penyelidikan saintifik yang luas dan ujian klinikal untuk semua produk yang kami tawarkan
Penghargaan
Kami menghormati alam semula jadi dan orang lain
 
 
 
 
Produk siri SMN mengandungi pemakanan tambahan herbayang berfungsi dengan menggabungkan konsep kesihatan Timur dan teknologi Barat. Produk-produk kami amat unik dalam pasaran. Sebenarnya kami merupakan perintis dalam memperhebatkan pemakanan tambahan fungsian dalam rantau Asia Pasifik. Produk-produk syarikat diperbuat daripada bahan-bahan mentah semula jadi, misalnya daun, tumbuh-tumbuhan dan akar.

Produk kami berlainan daripada produk herbal nutrisi biasa dalam pasaran;keunikannyaterletak pada applikasi teknologi ekstrak piawai spektrum penuh.Kami menggunakan teknologi-teknologi yang sinergidengan semula jadi, mewajarkan dan berpiawai tinggi, lebih-lebih lagi, mengekalkan integriti unsur-unsur yang didapati dalam alam semula jadi.

Usaha penyelidikan dan pembangunan kami yangterperincibermula dengan penyiasatan Ethno-botanical, memahami tuntutan tradisional, berpandukankepada kimia dan pemeriksaan farmakologi dan kemudiannya menghasilkan ekstrak yang mempunyai piawaian yang sama denganunsur-unsur semula jadi seperti yang terdapat dalam tumbuhan asli, tetapi dalam bentukekstrak untuk membolehkan para perumus moden menghasilkan dos-dos dalam sukatan yang berpatutan. Ia dapat diserap dan dimanfaatkan oleh badan kita apabila dimakan. Ini adalah untuk memastikankemujarabanproduk dapat digunakan sepenuhnya.

Hakikatnya,keberkesanan produk siri SMN dapat dilihat serta di rasai dengan cepat dan nyata.Ia menjauhi kami daripada keadaan kurang sihat;membawa perubahanbaikkepada pengguna-pengguna dari dalaman hingga ke luaran di samping memperbaikikualitikulit dan kesihatan. Dengan ciri-ciri unggul ini,anda betul-betul dapat merasai dan melihat keputusan sendiri