Ayurveda ialah satu sistem kebijaksanaan kuno yang tercatat dalam Vedas, sastera paling tua didunia yang wujud di India kira-kira 4000 tahun dahulu. “Ayur” dalam Bahasa Sanskrit bermaksud Kehidupan manakala “Veda” bermaksud sains atau ilmu pengetahuan, pada dasarnya, Ayurveda merujuk kepada Sains Kehidupan
Sejarah
Ayurveda telah mempengaruhi amalan penjagaan kesihatan di Timur dan Barat. Ayurveda berasal dan tersebar dari India ke Mesir, Greek, Timur Tengah dan Rom. Pada tahun 700SM, sarjana Cina mempelajari perubatan Ayurvedic di India dan memperkenalkan terapi-terapi Ayurvedic ke negara-negara seperti Tibet, Burma, China dan Jepun. Perubatan Tradisional Cina dan kajian herbajuga merupakan sebahagian daripada terapi Ayurveda.
Falsafah
Falsafah asas Ayurveda adalah untuk mencegah pelbagai penyakit dengan mengekalkan keseimbangan tubuh, minda dan jiwa menerusi pemakanan yang betul, gaya hidup sihat, ketenangan fikiran dan kemujaraban herba. Ia mengandungi sebuah sistem kehidupan murni yang menjadikan Ayurveda sistem terapi dan penjagaan kesihatan paling lengkap yang diketahui sehingga kini.
Ayurveda menjurus kepada penggunaan herba untuk memperbetulkan keseimbangan badan sebelum merawat penyakit. Sebagaimana alam semulajadi mencipta penyakit, alam semulajadi juga menawarkan pelbagai ubat penawar. Dengan mengabungkan herba-herba pilihan, Ayurveda menanangi pelbagai penyakit yang menimpa manusia. Bak pepatah orang melayu “jikalau ada seribu jenis penyakit, ada juga seribu jenis penawarnya”
Ayurveda Kini
Sains perubatan telah mencipta banyak jenis bahan kimia yang sepatutnya mengubati penyakit, tetapi hakikatnya mereka hanya membendung dan bukan merawat penyakit. Ayurveda telah berkembang kepada satu sistem perubatan moden disokong oleh penyelidikan saintifik yang menunjukkan keberkesanan herba-herba ke atas kesihatan manusia. Dengan menggabung kan sains moden dengan kebijaksanaan kuno,Ayurveda telah membuktikan keberkesanan herba untuk mencegah dan mengekalkan sistem imun badan manusia terhadap penyakit. Ia merupakan pendekatan menyeluruh yang direka khas untuk membantu manusia hidup lebih sihat dan seimbang.